MASAKAN BERASASKAN KENTANG, KHASIATNYA SERTA RESEPI TERMUDAH

Published April 1, 2012 by Tengku aiSy88

 

 

inilah kentang goreng bersama sos ala kak engku…

 

hiaslah ikut kesukaan anda….

 

 

Kentang goreng memang menjadi makanan kesukaan kanak-kanak mahupun yang dewasa. ia lebih sedap jika ianya lebih rangup. bagi mendapatkan kentang goreng yang lebih rangup ini RENDAM KENTANG YANG ANDA BELI ITU KE DALAM AIR SEJUK SELAMA 1/2 JAM. kemudian toskan dan goreng kentang tersebut…insyaallah kentang tadi akan lebih rangup..

apabila sebut je pasal kentang tentu ramai yang tak tau tentang kandungan khasiat kentang bagi tubuh badan manusia. ada yang beranggapan kentang ni boleh gemukkan badan, besarkan buntut dan sebagainya…kat sini kak engku nak share satu ilmu le dengan korang mengenai khasiat kentanng…

  • glukosa rendah bg penderita diabetis

cthnya: ianya boleh mengurangkan org yg ada kencing manis dripada mengambil mkanan berat seperti nasi.

kita lupa gak yang kentang gak sbhgian dripada makanan asasi yang diperlukan untuk hidup. kentang boleh membuatkan seseorang yang mengambilnya menjadi kenyang.

tau kah anda???

bhwa kentang merupakan makanan yang serat air, vitamin, protein, lemak dan mineral. kekayaan kandungan kentang membuatnya sebagai sayuran yang tepat untuk dihidangkan dalam sajian masakan keluarga.

kandungan kentang gak mempunyai kalsium yang baik untuk tulang dan gigi, fosfor sebagai penambah energi. selain itu ia juga baik untuk metabolisme lemak dalam tubuh kita serta dapat membantu penyerapan kalsium.

-> bila kita tengok je kentang mesti tak tau nak masak apa kan? so korang jangan risau la sebab kak engku sentiasa ada resepi yang mudah dan terbaik untuk korang semua. 

terlintas kat kepala kak engku, kita ni selalu makan kfc kan? pernah  tak korang terfikir nak buat kfc sendiri? mesti pernah kan…. tp tak tau kan nak buat cmne?

hmmmm…ni resepi tuk korang buat

KENTANG PUTAR KFC ALA KAK ENGKU

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))

2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

SELAMAT MENCUBA YE…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: