KERABU BERONOK ALA KAK ENGKU

Published May 15, 2012 by Tengku aiSy88
Image

KERABU BERONOK -sumber: google image

INILAH RUPA BERONOK KETIKA HIDUP-       SUMBER: GOOGLE IMAGE

BERONOK YANG TELAH DI POTONG….

BAHAN-BAHAN:

  • 1 kg beronok- yang telah dipotong dan dibersihkan
  • 1 ikat daun selong- dihiris nipis
  • 1/2 biji kelapa parut
  • 3 sudu kerisik
  • 2 ulas bawang besar
  • 10 biji cili padi- ikut kesukaan anda
  • 1/2 cawan Serbuk beras – (beras disangai sampai kuning dan dimesin halus)
  • beberapa helai pucuk gajus- di hiris nipis..
  • lada sulah/lada hitam
  • garam
  • gula

CARA-CARA:

  1. satukan semua bahan tadi dan sesuaikan dengan rasa anda…

PETUA DI DAPUR:

  • jangan basuh beronok yang telah dipotong sehingga saat nak buat kerabu, kerna beronok ni akan menjadi hitam sedikit jika dibasuh terlalu awal..
  • beronok tak boleh di masak diatas api kerna ianya akan menjadi air laut balik apabila di masak di atas api.
  • kebiasaannya beronok di buat kerabu sahaja.
  • kebiasaannya bahan yang paling pnting dalam kerabu beronok ialah beras yang telah goreng dan di tumbuk halus

 

ASAL USUL BERONOK:

– menurutkan sumber wikipedia:

Beronok ialah sejenis hidupan laut yang seakan-akan GAMAT dan hidup di kawasan pantai yang berselut. Beronok di makan mentah iaitu di jadikan sebagai kerabu dan merupakan makanan eksotik komuniti Melayu di LANGKAWI, KEDAH. ada juga beronok di KUALA PERLIS tetapi kebanyakan nya beronok di sana colornya sedkit hitam..beronok ni kadang-kadang pembangunan yang terlalu padat bleh mnyebabkan bleh mnjadi hitam di sebabkn air laut yang  tidak bersih.

Ia berwarna coklat atau merah jambu dan kenyal seakan-akan isi kelapa atau seperti sotong dan rasanya agak masin. Beronok juga tidak boleh didedahkan kepada haba kerana ia akan menjadi cair.

macam mana kak engku boleh kenal dan tau pasal beronok?

~~sbenarnya kak engku kenai beronok pabila kak engku pergi rumah kawan kak engku kat langkawi..

KENALI BELANGKAS…

Published May 13, 2012 by Tengku aiSy88

SALAM…. semua apa khabar?…harap semua sihat di samping rahmat dari tuhan…kak engku nak kongsi rasa dengan korang tentang binatang yang agak pelik ni..tapi ianya boleh di makan…hmmmm….kalau korang nak tau ni lah belangkas…kita selau dengar kan orang cakap “berkepit macam belangkas”…nak tau sebab apa orang cakap macam 2? sebabnya belangkas ni suka berkepit je jantan dengan betina…korang tau tak, nak dapat makan belangkas ni kena tengok bulan gak le…kadaang-kadang ada..orang cakap kalau bulan tengah mengembang banyaklah dia bersepah di tepi pantai..untuk pengetahuan korang, nak masak belangkas ni senang sangat..budak sekolah tadika pun boleh buat…hmmmm. teringat kak engku time kat rumah kat kg, adik-beradik berebut-rebut kalau masak belangkas…pas masak je, semua pegang pinggan nak meratah. tp selalunya mak kak engku akan buat sambal belacan atau cicah budu…huh memang terangkat habis le time makan belangkas ni…untuk maklumat korang, belangkas adalah sejenis binatang yang kulitnya sangat mengerunkan? tapi huhh kesedapannya memang tak terkata..tapi masyarakat kita menganggap makanan ni sebagai makanan eksotik. belangkas ni boleh macam-macam jenis…ikut kesukaan korang laaa..kalau kat rumah kak engku, selalunya ayah kak engku suka masak lomak cili api..tengok jelah gambar yang kak engku post kan ni….

Image

inilah rupa belangkas yang belum di masak…

Image

lihat…ia sedang berjalan dalam pinggan

Image

inilah bentuk kakinya yang banyak 2..hmmmm

Image

panaskan air sehingga mendidih…

Image

time ianya dimasak….

Image

inilah telurnya yang telah dimasak sebentar tadi..mmg sedap…

 

BAHAN – BAHAN :

  • 1 ekor balangkas
  • 1 biji kelapa parut – ambil dua mangkuk santan
  • 2 biji tomato – dipotong empat
  • 1 biji lada bangala – dibelah 4
  • 10 tangkai cili api – ditumbuk
  • 2 cm kunyit hidup – ditumbuk
  • 2 ulas bawang besar – ditumbuk
  • garam secukup rasa
  • sedikit serbuk perasa hilal
  • beberapa helai daun kunyit/ atau daun limau purut
  • 1 biji telur kalau nak kuahnya pekat sedikit

CARA MEMBUATNYA :

1.  Siang belangkas dan bersihkan

2. Campurkan bahan tumbuk dan ikan ke dalam santan

3. Jerang diatas api yang perlahan dan kacau supaya santan tidak pecah

4. Masukkan belangkas,tomato, lada bangala dan semua bahan tadi beserta  garam

5. Bila santan sudah mendidih, padamkan api

dan semua untuk dihidang…selamat mencuba~~~

note: untuk maklumat korang, belangkas ni ada racunnya iaitu tahi dia, kalau boleh time nak belah dia pastikan ianya tak terkena bahagian tahi dia…kalau boleh kalau nak makan gak mesti rujuk dengan orang yang lebih byk pengalaman tentang belangkas ni…apapun korang kena cuba rasa belangkas ni..memeng sedap lee..rasanya lebih sedap daripada ketam…hmmmm

MAKARONI BAKAR BERSALUT CHEESE kasih IBU ALA Kak engku

Published May 13, 2012 by Tengku aiSy88
Image

MAKARONI BAKAR SEMPENA HARI IBU….

bakar selama 15minit….

rupa makaroni sebelum di bakar…

inilah rupanya bila di potong…

BAHAN-BAHAN A:

  • 200 g makaroni, direbus hingga lembut, toskan dan gaul dgn sedikit minyak.
  • 250g daging/ayam cincang, dibersihkan
  • 1 tangkai cili merah, dihiris
  • 1 tangkai cili hijau, dihiris
  • sayur campur dalam frozen
  • 1 labu bawang besar holland
  • 4 sudu besar rempah kari
  • 2 biji lada bangala
  • 1 kiub ayam
  • 6 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar cili mesin

BAHAN B:

  • 4 biji telur ayam
  • 1 cawan susu cair
  • 3 sudu tepung gandum
  • gula
  • garam

BAHAN HIASAN:

  • daun bawang
  • bawang goreng
  • bawang holland
  • daun sup

CARA-CARA A:

  1. tumis bawang ptih sehingga kekuningan
  2. masukkan rempah kari sehingga pecah minyak
  3. kemudian masukkan cili mesin dan daging cincang
  4. selepas itu, masukkan sayuran campur dan gaul sebati
  5. akhir sekali masukkan makaroni….

CARA-CARA B:

  1. pukul telur, susu, tepung gandum, gula , garam sehingga kembang
  2. tuangkan adunan ini dalam makaroni yang telah diratakan dalam loyang
  3. bakar selama 10minit
  4. kemudian keluarkan dan taburkan cheese, daun sup, daun bawang
  5. akhir sekali bakar adunan makaroni ini sekali lagi dalam oven selama 15 minit..

selamat mencuba….

Assalamualaikum…

Apa khabar semua hari ni.. sihat tak? Alhamdulillah lah kalau semuanya dalam keadaan sihat.. Memandangkan hari ini hari cuti, teringin lak nak buat makaroni bakar…hmmm memang sedap dan terliur lah plakkk…apa lagi kerahkan tenaga housemate le ajak diaorang tolong buat…  nak-nak hari ini hari ibu, so masing-masing tak de keja nak buat apa lagi..semua nya bertungkus-lumus lee..member-member kak engku memang semuanya ok…nak-nak lagi bila di ajak masak memang depa suka leee…hmmmm

teringat lah plak kak engku kat kampung halaaman terutama kat mak ayah…bersempena dengan hari ibu ini, kak engku nak ucapkan selamat hari ibu kepada ibu kak engku yang tersayang dan tercinta… dan seluruh ibu-ibu yang ada di dunia ini dan termasuklah kepada diriku yang bakal jadi ibu tal lama lagi…ketahui lah anak mu ini terlalu menyayangi mu ibu…hmmm touching lah plak…tapi tu le orang cakap kasih ibu ni membawa ke syurga kan…ehhh2 citer bab ibu lah plak…tapi kalu time kak engku kat kampung ni bersempena dengan hari ibu lak, dah menjadi wajib kak akan buat masakan tuk ibu seperti speghetti, makaroni bakarr….hmmmm teringat nya kat ibu kat kg time makan makaroni yang kak engku buat…memang ibu suka sangat makan makaroni bakar…ibu… ini anakmu buat MAKARONI BAKAR SEMPENA HARI IBU KHAS IBU….love u ibu…

KEK COKLAT BASAH BERSALUT MOIST ala Kak enGku

Published May 13, 2012 by Tengku aiSy88
Image

kek coklat basah bersalut moist ala kak engku

Image

kek dah siap

Image

kukuskan bahan-bahan kek tadi

Image

kek dah masak…tunggu bagi sejuk kejap

Image

potong di bahagian tengah dan sapukan dengan moist

Image

ulangi step yang sama untuk atas kek plak…

Image

biarkan ia dalam frozen sekejap, dan boleh dipotong….yummm2

BAHAN-BAHAN:

  • 4 biji telur ayam
  • 2 cawan gula
  • 1 cawan serbuk koko
  • 2 cawan tepung                    semua bahan ini diayak bersama
  • 1 sudu soda bicarbonate
  • 1 sudu baking powder
  • 1 sudu ovellet
  • 1 cawan minyak masak
  • 8 sudu susu  tepung di bancuh bersama air sejuk sebanyak 2 cawan air

BAHAN FUDGE COKLAT:

  • 50 gm serbuk koko
  • 125 ml air
  • 1 cawan susu cair
  • 200 gm gula
  • ½ sudu the garam halus
  • 1 sudu the esen vanilla
  • 2 biji kuning telur
  • 60 gm tepung jagung
  • 60 gm mentega

CARA MEMBUAT:

  1. Pukul telur bersama gula sehingga kembang
  2. Masukkan ovellet dan putar lagi
  3. Masukkan tepung yang telah dicampurkan
  4. Gaul sebati dan masukkan minyak
  5. Kemudian masukkan air susu yang telah dibancuh tadi
  6. Gaul sebati…
  7. Kukus selama 50 minit

CARA MEMBUAT FUDGE COKLAT:

  1. Satukan kesemua bahan kecuali mentega ke dalam bekas secara double boil.
  2. Kacau sehingga pekat dan kemudian padamkan api
  3. Selepas itu, baru masukkan mentega dan kacau sehingga sebati.

Notes:  selepas siap, simpan kek dalam peti sejuk selama sejam sebelum di hidangkan. Ini bagi mengelakkan kek daripada susah di potong….

ni kak engku bagi kat korang petua daripada CHEF WAN untuk buat kek jadi gebu dan cantik….

Menurut Chef Wan, proses membuat kek adalah ‘proses tepat’ yang bahan-bahannya perlu seimbang antara satu sama lain bagaikan satu rumusan kimia. Malah, memang berlaku proses kimia apabila bahan kek mentah dibakar dan menjadi satu hidangan makanan/manisan yang lazat.

Tidak dapat digambarkan keistimewaan perkataan ‘kek’ jikalau dibandingkan proses membuat adunan kek manis yang dibakar, disapu inti di tengahnya dan disalut gula aising, yang direka bentuk dengan mudah di sekeliling kek. Keindahan kek ini dapat memberikan kepuasan. Seni memasak kek ada unsur seni reka yang tersendiri. Kek adalah asas struktur, intinya sebagai lepa dan aisingnya sebagai jubin atau pertukangan papan, menjadikannya satu bentuk yang sempurna.

Untuk membuat kek, bahan-bahan asasnya ialah gula, tepung, telur, lelemak… kepelbagaian boleh dicapai dengan menukar rasa, tekstur, rupa dan bentuknya untuk mendapatkan hasil kek yang baik. Berikut Chef Wan telah menurunkan beberapa petua penting dalam seni menyediakan kek.

  • Semua bahan hendaklah berada pada suhu bilik melainkan jika resipi itu memerlukan bahan berkenaan sejuk, contohnya mentega. Jika terus digunakan dan peti sejuk, apabila dipukul mentega bersama gula dan telur, ia lambat mengembang apatah lagi menjadi gebu. Apabila dibakar dan dipukul sedang adunan belum cukup kembang, kek itu akan bantat dan tidak lembut. Begitu juga telur. Pukul satu-persatu supaya setiap kali dipukul udara dimasukkan. Ini menggebukan lagi kek itu.
  • Fahamilah fungsi ketuhar anda sebab setiap ketuhar berfungsi secara berlainan. Bergantung berapa umur ketuhar, sama ada sudah uzur ataupun baru dibeli, waktu memanaskannya juga penting sebelum kek itu dibakar. Pastikan selalu memanaskan ketuhar dahulu. Jangan ketika hendak membakar kek baru hendak dihidupkan ketuhar. Selalunya 15 minit memanaskannya sudah mencukupi.
  • Apabila membakar kek, letakkan ia di tengah-tengah ketuhar, melainkan resipi menyatakan sebaliknya.
  • Jangan memukul terlalu lama apabila memasukkan tepung ke dalam adunan mentega, adunkan tepung hingga ia sebati sahaja. Memukul terlalu lama akan menarik struktur gluten pada tepinya dan menyebabkan kek keras.
  • Untuk mendapatkan kek ringan dan gebu, mentega perlu dipukul sampai berkrim.

Masalah Yang Sering Dihadapi

Jarang sekali kita dapat menentukan kenapa kek tidak menjadi seperti pada gambar resipi. Perlu ingat, semua bahan hendaklah ditimbang dengan betul dan gunakan penimbang serta camca penyukat dan acuan tin yang ditetapkan dalam resipi. Bukan cawan kopi, cawan teh tetapi cawan sukatan metrik. Dan bukan camca teh, camca makan di rumah… tetapi camca sukatan. Apabila kek sedang dibakar, jangan sekali-kali membuka pintu ketuhar sebelum tiga suku membakar kerana angin yang berlainan hawa akan membuatkan kek mendap di tengahnya. Di bawah disenaraikan masalah lain dan sebabnya.

– Kek Terlalu Lembap dan Leper

  • Terlampau banyak cecair.
  • Bahan penaik tidak mencukupi atau sudah luput tarikh penggunaannya.
  • Lemak dan gula tidak dipukul secukupnya.
  • Adunan mentega berketul-ketul dan tidak halus.

– Kek Merekah di Atas

  • Ketuhan terlampau panas atau acuan kek tidak diletakkan di tengah tengah ketuhar.
  • Kekurangan cecair.
  • Acuan tin terlalu kecil.

– Kek yang Mendap di Tengahnya

  • Ukuran acuan tin tidak betul.
  • Sukatan bahan tidak tepat.
  • Ketuhar terlalu panas, terlalu sejuk atau dibakar dalam jangka masa singkat.
  • Pintu ketuhar dibuka terlalu awal.

Semoga kek anda menjadi.. 🙂

 

 

BIHUN GORENG BESERI ALA kAk EnGku

Published May 12, 2012 by Tengku aiSy88
Image

BIHUN GORENG BESERI

  Image

BAHAN-BAHAN:

  • 1 bungkus bihun thai
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 biji cili padi
  • 300 gm daging ayam di potong kecil
  • 200 gm daging di potong nipis                          di rebus bersama bawang besar selama 10mnt
  • 1 biji bawang besar yang telah di mesin
  • 1 kiub ayam
  • 1 ketul tauhu di potong dadu
  • 2 senduk kecil cili mesin
  • 2 sudu sos tiram
  • 4 sudu kicap pekat
  • 4 sudu besar sos cili
  • Sayur-sayuran ikut kesukaan anda
  • Garam
  • Gula

 

CARA-CARA:

  1. 1.    Tumis bawang ptih bersama cili  yang telah di potong kecil
  2. 2.    Tumis sampai ke kuningan
  3. 3.    Kemudian masukkan cili mesin sehingga pecah minyak
  4. 4.    Kemudian barulah masukkan ayam + daging yang telah direbus bersama air rebusan
  5. 5.    Tunggu sampai mendidih dan masukkan sos tiram, sos, kicap, kiub ayam,garam dam gula
  6. 6.    Tunggu lagi sampai mendidih
  7. 7.    Akhir sekali masukkan bihun yang telah direndam selama 1 jam.
  8. 8.    Gaul sebati sehingga rata….
  9. 9.    Dah siap…hiaslah bihun goring anda mengikut kesukaan anda, tp kalau kak engku suka letak daun bawang, bawang goreng… ianya menambahkan kesedapan  apabila makan bhun nanti…

Selamat mencuba…(@_#)….

kak engku tinggalkan anda semua beberapa tip2 tuk buat bihun goreng….

  • Rendam bihun dalam air panas yang sudah mendidih..Tunggu selama beberapa minit sahaja.. Ini bergantung kepada jenis/jenama bihun yang digunakan tau….
  • Jadi,Cara nak menguji ia dah cukup lembut ke tak..test dengan angkat sedikit bihun yang sedang direndam itu menggunakan garfu dan cuba putuskan guna jari
  • barulah ditoskan dan sedia untuk digoreng atau dimasak mengikut menu pilihan.
  • insya segala petua ni dapat bantu korang tuk buat bihun goreng…ni kak engku tinggalkan anda dengan video masak bihun dari kak engku…harap anda semua enjoy….

 

APAM WARNA-WARNI (SARAWAK) ALA KAK ENGKU

Published May 2, 2012 by Tengku aiSy88

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur ayam
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum berprotein
  • 1 sudu teh soda bikarbonat
  • 2 sudu teh esen vanila
  • 1/2 biji kelapa parut

CARA-CARA MEMBUAT:

  • pukul telur dengan gula sehingga kembang
  • kemudian masukkan esen vanila
  • pukul lagi
  • masukkan soda bikarbonat
  • akhir sekali masukkan tepung gandum
  • gaul sehingga sebati
  • masukkan dalam loyang
  • akhir sekali taburkan kelapa yang telah di bahagi 3 color
  • kukus selama 15 minit
  • apam warna warni ala kak engku dah boleh dimakan

camne korang dah cuba ker resepi apam warna-warni ala kak engku ni? hari 2 ramai kenalan dan sahabat2 kak engku try buat apam ni tapi kebanyakannya depa kata tak jadi. pelik betul…padahal kak engku bagi resepi memang tepat sukatan nya…ada yang mengadu apamnya tak naik dan gebu, apamnya lembik lee,,,ishhh2…untuk pengetahuan korang, apa pun resepi yang kita buat mestilah guna sukatan yang betul dan korang memang betul-betul nak buat..kat sini kak engku nak bagitau petua nak dapatkan apam yang gebu, kembang dan cantik…

  • time korang nak pukul telur tu, pastikan telur di pukul dengan timer yang sama. maksudnya kalau kita putar telur guna pemutar dengan kelajuan no.2 dan putaran seterusnya mestilah guna no.2 gak
  • selain itu, kalau korang sukat gula guna cawan, pastikan cawan yang korang guna sama gak untuk sukat tepung pula. dengan cara ini korang akan dapat sukatan yang betul dan tak lembik lagi.
  • satu lagi time nak bubuh soda bikarbonat, pastikan pengambilan soda bikarbonat tidak melebihi sukatan. kak engku bukan apa takut apam yang kita buat akan pecah time kukus nanti
  • satu lagi part yang paling penting ialah time nak kukus, kalau nak kukus tu pastikan air kukusan tadi panas/ mendidih  terlebih dahulu sebelum masuk kan loyang yang berisi apam tadi. pastu sebelum tutup kukusan tadi, pastikan penutup kukusan tadi di lap airnya/wapnya terlebih dahulu supaya ianya apam tidak timpa wap..insyaallah petua memang berkesan tuk korang…

 

APAM POLKADOT-DOT ALA KAK ENGKU

Published April 24, 2012 by Tengku aiSy88
Image

APAM POLKADOT-DOT yang gebu

Untuk menghasilkan Apam Polkadot yang gebu2 dan comel:

275 gm tepung gandum
220 gm gula halus
150 ml susu segar atau susu cair
3 sudu teh baking powder = diayak sekali
3 biji telur sejuk dari peti ais
1 sudu kecil ovelette
1 sudu esen vanilla
Filling/perasa adalah mengikut citarasa masing
Pewarna adalah terpulang, janji yang dibenarkan

Langkah-langkahnya:

1. Pukul telur putih sehingga kembang elok.
2. Kemudian masukkan ovelette, kuning telur dan esen vanilla, pukul sampai kembang lagi.
3. Masukkan gula, pukul sampai kembang lagi.
4. Masukkan tepung dan baking powder diselang seli dengan susu kemudian gaulkan.
5. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titiskan pewarna.
6. Masukkan setiap warna dlm piping bag atau plastik bersih.
7. Picit adunan ke dalam mangkuk kertas.
8. Letakkan filling yang digemari, untuk lebih mudah masukan ke dalam plastik kemudian picit.
9. Picitkan lagi adunan yang sama sehingga penuh dan kemudian dot-dot kan dengan warna pilihan.
10. Kukus 10-15 minit sehingga masak.
11. Apa tunggu lagi…ngap ler hehe…

Mudah bukan? Harap sedikit sebanyak membantu korang dalam menghasilkannya…

pantang larang time buat apam polkadot-dot…:

  • Kena pastikan air betul2 panas sebelum nak kukus apam. Kalau tak, apam tak naik. jadi leper. Masa kukus, gunakan api yang sederhana.
  • jangan biarkan apam lama sangat kat luar, angin akan masuk dalam adunan. Nanti apam jadi banyak lubang2 kat permukaan dia.
  • Kalau nak permukaan apam lagi cantik, sudukan adunan menggunakan sudu kecil untuk masukkan dalam paper cup. . Cuma yang nak buat dot2 je pakai piping bag. 
  • Jangan biarkan apam lama di tempat terbuka. nanti apam keras & dah tak lembut. Lepas angkat apam tu, biarkan sjuk dulu. Then, masukkan dalam bekas bertutup.



 

makanan terbaik untuk diet yang rendah kalori dan lemak

Published April 24, 2012 by Tengku aiSy88
Image

contoh makanan yang terbaik untuk diet

Apakah makanan yang terbaik yang rendah lemak dan rendah kalori untuk berdiet dengan cara yang sihat?

cara berdiet ikut cara kak engku

berikut adalah makanan yang terbaik dan rendah lemak untuk korang berdiet:

  • sayuran hijau dan salad

sayuran hijau lagi menyegarkan merupakan hidangan yang banyak tanpa penambahan kalori. sayuran hijau dan daun salad adalah pilihan yang bijak kerana ianya penuh dengan khasiat dan vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan badan kita.

– asparagus

# asparagus ialah sayuran hijau yang mempunyai kalori yang rendah dan sesuai untuk menu pemakanan diet kita. ia kaya dengan vitamin terruutama sekali folat dan vitamin A.

– timun jepun

# timun jepun adalah satu lagi sayuran yang berkalori rendah. timun jepun enak bila ditambah dalam salad atau sayur campur goreng atau dipanggang atau dimasak dengan sayur-sayuran yang lain.

– Tomato

# adalah bahan asas masakan bersos seperti spaghetti dan pasta. tomato gak memang lazat di masak sebagai sup tomato atau hirisan di dalam salad.

– SALMON

# merupakan ikan yang terbaik untuk kita ambil ketika berdiet. ianya mengandungi lemak yang sihat seperti omega-3 dan ianya baik untuk sistem kardivaskular tubuh badan kita. salmon gak merupakan ikan yang berprotein tinggi.

– AYAM DAN AYAM BELANDA

# ayam belanda merupakan daging ayam yang baik untuk menu makanan diet kerana ianya rendah lemak dan mempunyai sumber protein yang tingggi.

– DAGING RUSA

# adalah daging pengganti yang lebih sihat daripada pengambilan daging lembu.

– SUP ATAU STOK AIR REBUSAN

#  stok air rebusan boleh digunakan dalam resepi masakan lain agar daging kita masak dengan lebih enak.

– BUAH BERI

# bagi mereka yang suka makan manisan, makanlah buah beri. buah beri dipercayai khasiat vitamin dan antioksidan yang tinggi. ianya sesuai dibuat sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.

pEtUa EmPUkKaN DaGInG GuLAi SeRtA kHaSiaT DaGinG

Published April 1, 2012 by Tengku aiSy88
Image

GULAI DAGING ALA kak engku

Hari ini saya ingin berkongsi bebrapa tips bagaimana untuk mengempukkan daging yang ingin dimasak, tidak kira apa jua jenis masakan. untuk memudahkan daging empuk mengikut negeri-negeri di Malaysia:

  • petua nenek moyang kak engku dari perlis – masukkan beberapa BIJI KURMA ke dalam daging gulai yang sedang mendidih. anda akan dapati daging juga lembut dan lebih enak!! SELAMAT MENCUBA!!!
  • selain itu, anda juga boleh Masukkan SUDU@ GARPU ke dalam daging yang dimasak. Tips yang pertama agak konservatif sedikit tetapi diakui berkesan oleh orang-orang tua.
  • bagi yang berada di selatan tanah air, anda juga boleh masukkan SEPOTONG TEMPE dalam masakan daging anda.
  • Masukkan keratan BATANG UBI KAYU ke dalam masakan daging tersebut. (diamalkan di Kampung Kedai Piah, Kelantan)
  • Masukkan potongan buah BETIK MUDA yang telah dibuang kulitnya ke dalam daging tersebut.
  • MasukkanBUAH KERAS yang telah ditumbuk lumat ke dalam masakan daging.
  • bagi masyarakat cina pula, perap dulu daging yang dipotong nipis2 dengan SODA BICARBONATE selama 5-10 minit. Mungkin secubit macam tu. Kalau banyak, nanti bau pulak.
  • Cubalah mana2 cara di atas. Manalah tahu boleh membantu…(@_#)selamat mencuba…

salam semua…apa khabar u all? harap semua dalam keadaan sihat hendakNYA aminn.. rasanya kak engku dah lama tak update status kat sini.. hari 2 kak engku terlupa pulak nak letak resepi cara nak buat gulai yang sedap…okey di sini kak engku sediakan khas untuk korang semua..

 

 

GULAI DAGING ALA KAK ENGKU

bahan-bahan:

  • 1 kg daging lembu
  • 1 kg santan
  • 2 bungkus rempah daging
  • 2 tangkai daun kari
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 7 biji buah pelaga
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 4 sudu cabai kering (yang telah dimesin)
  • 4 sudu besar kerisik
  • 2 batang serai (yang telah di mesin)
  • 4 inci halia (bahagi dua bhagian, 1 utk menumis n 1 lagi utk perap rempah
  • 2 inci lengkuas (yang telah dimesin)
  • 4 ulas bawang merah ( untuk menumis)
  • 5 ulas bawang putih (untuk menumis)
  • 3 ulas bawang besar utk di mesin

cara membuatnya:

  1. gaulkan rempah bersama cabai mesin, halia, serai, lengkuas, kerisik, bawang besar dan masukkan sedikit santan didalamnya serta gaul sebati.
  2. perapkan daging tadi dengan sedkit bwang besar yang telah di mesin selama 1/2 jam.
  3. kemudian tumiskan bahan-bahan seperti daun kari, bawang merah, putih, buah pelaga, kulit kayu manis, bunga lwang sehingga kekuningan.
  4. kemudian masukkan rempah yang telah di campur tadi sehingga pecah minyak…
  5. apabila naik bau… masukkan daging yang tlh diperapkan td sehingga daging tadi mengeluaran airnya..
  6. apabila dah pecah minyak masukkan santan pulak
  7. tunggu sampai ia mendidih dan daging td empuk
  8. klu tak empuk anda bolehlah mnggunakan petua kak engku di atas td…
  9. klu nak sedap..boleh lah msukkan kentang tp sebelum masuk santan lg ye sbb kentang kan  lambat empuk.
  10. masuk kn perasa, garam, gula dan siap utk di hidang….

seandainya anda tidak jelas lgi cara membuatnya boleh lah berintraksi dgn kak engku…insyaallah kak engku sedia membantu…

 

 

sekadar perkongsian bg mereka yang gemar makan daging kambing…

  1. benarkah daging kambing lebih berkolestrol bebanding daging merah yang lain?

Tidak, daging kambing mengandungi tahap kolesterol lebih tinggi daripada daging merah lain.  Walaubagaimanapun, ia mengandungi lemak tepu yang jauh lebih rendah daripada daging merah lain.  Fakta ini ternyata apabila kita membakar atau panggang daging.  Daging lembu, bebiri, ayam mengeluarkan lebih banyak lemak (drippings) yang jatuh atas arang berbanding dengan daging kambing.

Daging kambing yang dibela secara fidlot (feedlot) akan mempunyai tahap lemak tepu yang lebih tinggi – lebih kurang 4 atau 5%.  Akan tetapi, ini masih lebih rendah dibandingkan daging merah lainnya yang memiliki lemak tepu sekitar 10%.  Kambing yang dibela secara bebas atas padang ragut akan memiliki tahap lemak tepu sekitar 1% atau kurang (dengan syarat kambing kambing tersebut tidak digemukkan sebelum disembelih).  Sesetengah penternak akan gemukkan kambing sebelum sembelih dengan memberi pemakanan pellet yang tinggi.  Lemak tepu kambing ini akan naik.

Kebanyakkan daging merah memiliki rata-rata 70mg kolesterol per 100 grams daging.  Daging kambing biasanya diantara 70 hingga 75 mg per 100 grams. Daging kambing fidlot adalah lebih tinggi.  kambing yang makan 100% rumput akan memiliki sekitar 65 hingga 70mg per 100 grams.

Daging kambing Al Masyhur memiliki sekitar 50 hingga 65 mg per 100 grams kerana kambing Al Masyhur diberikan sejenis makanan (suplemen) semulajadi yang mampu merendahkan kolesterol kambing.  Pada manusia, bahan semulajadi yang boleh menurunkan tahap kolesterol adalah termasuk beras ragi merah ( red yeast rice) yang mengandungi bahan asli mirip “statin”.  Untuk kambing, kami telah menghasilkan sejenis bahan yang sama yang boleh menurunkan kadar kolesterol di kambing.

Paling penting, daging kambing Al-Masyhur mempunyai nisbah omega 6: omega 3 yang sangat sesuai untuk kesihatan manusia ia itu 4:1.  Daging kambing lain, terutama sekali yang diberi makanan pellet mempunyai nisbah 15:1 dan atas.

MASAKAN BERASASKAN KENTANG, KHASIATNYA SERTA RESEPI TERMUDAH

Published April 1, 2012 by Tengku aiSy88

 

 

inilah kentang goreng bersama sos ala kak engku…

 

hiaslah ikut kesukaan anda….

 

 

Kentang goreng memang menjadi makanan kesukaan kanak-kanak mahupun yang dewasa. ia lebih sedap jika ianya lebih rangup. bagi mendapatkan kentang goreng yang lebih rangup ini RENDAM KENTANG YANG ANDA BELI ITU KE DALAM AIR SEJUK SELAMA 1/2 JAM. kemudian toskan dan goreng kentang tersebut…insyaallah kentang tadi akan lebih rangup..

apabila sebut je pasal kentang tentu ramai yang tak tau tentang kandungan khasiat kentang bagi tubuh badan manusia. ada yang beranggapan kentang ni boleh gemukkan badan, besarkan buntut dan sebagainya…kat sini kak engku nak share satu ilmu le dengan korang mengenai khasiat kentanng…

  • glukosa rendah bg penderita diabetis

cthnya: ianya boleh mengurangkan org yg ada kencing manis dripada mengambil mkanan berat seperti nasi.

kita lupa gak yang kentang gak sbhgian dripada makanan asasi yang diperlukan untuk hidup. kentang boleh membuatkan seseorang yang mengambilnya menjadi kenyang.

tau kah anda???

bhwa kentang merupakan makanan yang serat air, vitamin, protein, lemak dan mineral. kekayaan kandungan kentang membuatnya sebagai sayuran yang tepat untuk dihidangkan dalam sajian masakan keluarga.

kandungan kentang gak mempunyai kalsium yang baik untuk tulang dan gigi, fosfor sebagai penambah energi. selain itu ia juga baik untuk metabolisme lemak dalam tubuh kita serta dapat membantu penyerapan kalsium.

-> bila kita tengok je kentang mesti tak tau nak masak apa kan? so korang jangan risau la sebab kak engku sentiasa ada resepi yang mudah dan terbaik untuk korang semua. 

terlintas kat kepala kak engku, kita ni selalu makan kfc kan? pernah  tak korang terfikir nak buat kfc sendiri? mesti pernah kan…. tp tak tau kan nak buat cmne?

hmmmm…ni resepi tuk korang buat

KENTANG PUTAR KFC ALA KAK ENGKU

Bahan-bahan Resepi Kentang Putar (Kentang):

8 biji kentang
1 kotak kecil susu segar
sedikit butter (anggaran 2-3 sudu besar)
secukup rasa serbuk lada hitam dan lada sulah

Cara-caranya

1. Kentang dikupas kulitnya dan dipotong 2. Masukkan kentang ke dalam periuk dan rebus dengan air yang secukupnya sehingga kentang tenggelam. Rebus dalam masa lebih kurang 20 minit.

2. Bila kentang sudah empuk, toskan air dan letakkan semula di atas api supaya lebihan air dapat dikeringkan. Dah kering boleh alihkan dari atas api.

3. Masukkan sedikit butter dalam kentang dan lenyek.

4. Masukkan lada sulah dan lada hitam mengikut citarasa. Kalau nak pedas boleh letak lebih.

5. Tuangkan susu sikit demi sedikit (ikut citarasa sebab fungsi susu ini untuk buat mashed potato rasa berlemak dan gebu) dan lenyek lagi sehingga rata.

Bahan-bahan Resepi Sos (Gravy) Kentang Putar:

1 labu bawang besar (ditumbuk)
2 ulas bawang putih (ditumbuk)
4 sudu butter
2 sudu tepung jagung (bancuh dengan sedikit air panas)
2 kiub ayam knorr
secukup rasa serbuk lada hitam dan sulah
2 1/2 cawan air

Cara-caranya

1. Cairkan butter dalam kuali dan tumiskan bawang. Biarkan dia caramelized (bertukar warna sedikit perang (warna caramel))

2. Masukkan bancuhan tepung jagung dan tumis sehingga tepung jadi warna coklat atau sehingga warna sos yang korang suka.

3. Masukkan air dan kacau sehingga sebati.

4. Masukkan kiub ayam dan juga masukkan sekali lada hitam dan lada sulah secukup rasa mengikut citarasa.

5. Kalau kuah terlalu pekat, tambahkan lagi sedikit air.

6. Kacau sehingga rata dan tutup api. Jika sos kentang putar berketul, masukkan sos ke dalam blender dan blend sampai tak berketul. Siap, hidangkan sos yang dah siap bersama kentang putar.

SELAMAT MENCUBA YE…