makanan terbaik untuk diet yang rendah kalori dan lemak

Published April 24, 2012 by Tengku aiSy88
Image

contoh makanan yang terbaik untuk diet

Apakah makanan yang terbaik yang rendah lemak dan rendah kalori untuk berdiet dengan cara yang sihat?

cara berdiet ikut cara kak engku

berikut adalah makanan yang terbaik dan rendah lemak untuk korang berdiet:

  • sayuran hijau dan salad

sayuran hijau lagi menyegarkan merupakan hidangan yang banyak tanpa penambahan kalori. sayuran hijau dan daun salad adalah pilihan yang bijak kerana ianya penuh dengan khasiat dan vitamin dan mineral tambahan yang diperlukan badan kita.

– asparagus

# asparagus ialah sayuran hijau yang mempunyai kalori yang rendah dan sesuai untuk menu pemakanan diet kita. ia kaya dengan vitamin terruutama sekali folat dan vitamin A.

– timun jepun

# timun jepun adalah satu lagi sayuran yang berkalori rendah. timun jepun enak bila ditambah dalam salad atau sayur campur goreng atau dipanggang atau dimasak dengan sayur-sayuran yang lain.

– Tomato

# adalah bahan asas masakan bersos seperti spaghetti dan pasta. tomato gak memang lazat di masak sebagai sup tomato atau hirisan di dalam salad.

– SALMON

# merupakan ikan yang terbaik untuk kita ambil ketika berdiet. ianya mengandungi lemak yang sihat seperti omega-3 dan ianya baik untuk sistem kardivaskular tubuh badan kita. salmon gak merupakan ikan yang berprotein tinggi.

– AYAM DAN AYAM BELANDA

# ayam belanda merupakan daging ayam yang baik untuk menu makanan diet kerana ianya rendah lemak dan mempunyai sumber protein yang tingggi.

– DAGING RUSA

# adalah daging pengganti yang lebih sihat daripada pengambilan daging lembu.

– SUP ATAU STOK AIR REBUSAN

#  stok air rebusan boleh digunakan dalam resepi masakan lain agar daging kita masak dengan lebih enak.

– BUAH BERI

# bagi mereka yang suka makan manisan, makanlah buah beri. buah beri dipercayai khasiat vitamin dan antioksidan yang tinggi. ianya sesuai dibuat sebagai pencuci mulut atau dalam salad buah-buahan.

Leave a comment